Misi Bantuan Banjir Kedua Dari Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Selepas enam hari misi bantuan banjir pertama dihantar ke Johor, kerajaan Pahang hari ini melancarkan misi kedua khusus untuk mangsa banjir di Parit Sulong.

Pelepasan misi itu dilakukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan.

Misi kedua itu membabitkan bantuan pelbagai barangan keperluan asas bernilai RM50,000.

“Kita hantar ke Parit Sulong kerana ada permintaan khas dari sana dan keadaan (banjir) di situ pun agak teruk.

“Selepas ini akan ada lagi misi bantuan seumpama ini, kita lihat dulu keperluan dan kemampuan kewangan kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas majlis itu.

Turut hadir Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan dan pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin.

Pada 3 Mac lalu, kerajaan Pahang sudah menghantar bantuan serupa bernilai RM80,000 untuk mangsa banjir di Johor.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) dari Pahang dalam misi pasca banjir ke Johor, Wan Rosdy berkata, penyelarasan bagi misi pasca banjir akan dilakukan berdasarkan keperluan.

“Perkara ini adalah amalan biasa kita dan saya berterima kasih kepada semua NGO yang ingin menghulurkan bantuan.

“Mereka ini berkorban masa, tenaga dan wang untuk menyertai misi pasca banjir membersihkan rumah penduduk (mangsa banjir), ada juga yang sanggup mengambil cuti, jadi kita sangat hargai usaha mereka.

“Cuma buat masa ini kita juga akan beri tumpuan kepada kawasan Rompin terlebih dahulu untuk misi bantuan pasca banjir,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat