“PAS boleh terus bersama Bersatu, tapi jangan “bantai” UMNO”

KUALA LUMPUR – PAS tidak harus membantu Bersatu untuk “bantai” calon UMNO pada PRU-15 jika betul ikhlas menegakkan permuafakatan UMNO-PAS,” kata Pengarah Pilihan raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Sebaliknya kata beliau, UMNO tidak ada halangan untuk PAS bekerjasama dengan Bersatu selagi PAS tidak membantu parti itu menyerang calon UMNO pada PRU15.

Tajuddin yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menegaskan “memang kita (UMNO) nak bekerjasama dengan dia (PAS).

“ Masalahnya kalau (PAS) nak bekerjasama dengan Bersatu, (maka) PAS dengan UMNO jangan berpecah,” katanya.

“Mungkin ada formula PAS bersama Bersatu tapi jangan susahkan UMNO,” katanya memetik FMT.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak menegaskan walau apa bentuk kerjasama PAS dengan Bersatu, ia tidak boleh menjurus kepada membantu parti itu untuk menewaskan UMNO dalam pertembungan antara dua parti itu.

“Maknanya di mana UMNO bertanding, PAS jangan tolong Bersatu pula bantai kita. Itu maksud saya.

“Kalau Bersatu bertanding di Bukit Bintang, PAS nak tolong sokong Bersatu, tolonglah sebab UMNO tidak bertanding di sana.

“Sama juga di Kepong, (PAS) kempenlah untuk Bersatu, tapi di Pasir Salak, UMNO bertanding dan kalau Bersatu nak bertanding di sana, PAS jangan sokong. Kalau sokong siap,” kata Tajuddin.

Beberapa pemimpin UMNO sebelum ini mengisytiharkan parti itu akan menentang Bersatu pada PRU15, termasuk di kerusi-kerusi yang dimenangi pemimpin UMNO yang kemudiannya menyertai Bersatu.

Bulan lalu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memaklumkan Bersatu bahawa kerjasama antara dua parti itu hanya sehingga pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU diadakan.

PAS sebelum ini menegaskan ia komited memperkukuhkan hubungannya dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN) dan dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).

Tajuddin berkata UMNO akan bertanding 120 kerusi Parlimen sekiranya parti itu bertanding “bersendirian mewakili BN”.

Namun, jika UMNO bekerjasama dengan PAS pada PRU nanti, parti itu mensasarkan bertanding sebanyak 96 kerusi, kata beliau.

“Selebihnya PAS boleh bertanding tidak kisah lebih 20, 30 ke, 40 kerusi Parlimen,” katanya,

Tajuddin berkata UMNO tidak akan bekerjasama dengan parti lain selain PAS, termasuk Bersatu dan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...