Keputusan kes Nik Elin: Hakis kuasa Raja Melayu – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Keputusan petisyen Nik Elin Zurina, yang tidak berpihak kepada Badan Perundangan Negeri Kelantan telah menyentuh perasaan seluruh umat Islam.

Menurut Ketua Pembangkang, tambahan pula apabila dalam Artikel 3 PerlembagaanPersekutuan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Datuk Seri Hamzah Zainudin mengingatkan, perkembangan ini memperlihatkan adanya kelompongan serius dalam kuasa serta bidang kuasa berkaitan dengan Hak Menganut dan Mengamal (profess and practice) majoriti rakyat Malaysia.

“Kesan daripada keputusan ini akan menggugat Enakmen Jenayah Syariah di seluruh negeri-negeri dalam negara kita yang tercinta ini.

“Ianya akan mendedahkan enakmen negeri-negeri ini kepada risiko pembatalan.

“Jika dilihat dari mata kasar, keputusan ini boleh mendatangkan impak besar dalam menghakis kuasa serta bidang kuasa Raja-Raja Melayu. Walhal, Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong semasa mengangkat sumpah jawatan mengikut Perkara 37 (1) telah bersumpah untuk memelihara agama Islam pada setiap masa,” tegas Hamzah.

Setiausaha Agung Bersatu itu juga berkata, pada masa yang sama, beliau ingin mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa terdapat Wasiat Raja-Raja Melayu semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang antara lain mewasiatkan “Kami Mengisytiharkan Islam Adalah Agama Rasmi Persekutuan” dan “Kami Mengamanahkan dan Kami Pertanggungjawabkan Kepada Raja-Raja Melayu Untuk Melindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu”.

Kata Hamzah lagi, meneliti dengan cermat dan sebagai langkah ke hadapan, menjadi keperluan untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memperkasakan undang-undang syariah terutamanya berkaitan Hak Menganut dan Mengamal (profess and practice) majoriti rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Kami menyeru kepada semua pihak berkepentingan untuk duduk semeja tanpa dibatasi sempadan politik bagi menjayakan hasrat ini.

“Sehubungan itu, saya selaku Ketua Pembangkang akan memohon menghadap untuk menyerahkan memorandum khas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dalam masa terdekat bagi menyembah maklum suara hati rakyat serta langkah-langkah penyesuaian kepada pemerkasaan yang perlu dilunaskan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat