COVID-19: Tidak Semua Kes Sesuai Kuarantin Di Rumah – MMA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kuarantin di rumah melibatkan kes ringan COVID-19 tahap satu dan dua masih boleh dilaksanakan, namun tidak sesuai dilakukan dalam semua situasi.

Itu tegas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy yang khuatir jangkitan masih boleh berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau mereka yang tinggal sebumbung.

Tegasnya, beberapa perkara perlu dipertimbang dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti jumlah anggota isi rumah, keluasan kediaman serta isi rumah berisiko tinggi.

“Mereka (KKM) sepatutnya memastikan pesakit ini benar-benar terasing, menyediakan penjagaan yang sempurna selain tidak keluar ke mana-mana.

“Rumah yang kecil dan bilangan isi rumah yang ramai, sudah tentu risiko jangkitan virus ini lebih tinggi.

“Perlu dipastikan juga saringan turut dilakukan terhadap ahli keluarga lain yang tinggal sebumbung untuk pastikan mereka ini bebas virus, termasuk memastikan individu positif itu tidak mudah menjangkiti individu lain,” tegasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

MMA sebelum ini menggesa KKM membuat penambahbaikan segera dalam tatacara menangani kes-kes ringan COVID-19 serta kontak rapat – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat