Siasat cubaan rasuah RM1 billion jatuhkan Kerajaan Perpaduan – Azman Abidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dakwaan itu yang disiarkan sebuah blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

“Kami berharap polis boleh menyiasat jika ini benar,” kata Datuk Azman Abidin, setiausaha politik kepada perdana menteri, kepada FMT semalam.

“Orang ramai sudah muak (dengan spekulasi tentang usaha menjatuhkan kerajaan ini). Kerajaan sedang bekerja keras untuk merangsang pemulihan ekonomi.”

Sebelum ini, spekulasi muncul mengenai “Langkah Dubai” yang merujuk kepada perbincangan yang didakwa berlaku di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Pertemuan itu yang tidak begitu diberi perhatian oleh Anwar dan pemimpin kerajaan lain, dikatakan bertujuan mengagihkan tugas dalam kalangan ejen untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang akan menyertai pembangkang.

Credit foto: FB Azman Abidin

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat