PM hargai Kastam, LHDN kutip cukai lepasi sasaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kutipan hasil negara oleh dua agensi utama, Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membanggakan apabila melepasi sasaran ditetapkan.

Perdana Menteri berkata, JKDM sendiri akhirnya memenuhi unjuran kutipan hasil ditetapkan iaitu melepasi RM55 bilion tahun lalu berbanding RM53 bilion tahun sebelumnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, LHDN pula merekodkan kutipan hasil RM183 bilion melepasi RM176 bilion yang disasarkan.

“Terima kasih kepada kastam (JKDM) kerana akhirnya capai unjuran yang tidak selalu kita capai. Kalau kastam (JKDM) memang lebih daripada yang diunjurkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Selasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan penghargaan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana berjaya mengutip hasil tertinggi.

Pada masa sama beliau mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) supaya mengurangkan pelaburan di luar negara dan memberi fokus kepada pelaburan domestik.

“Apa kemunasabahan kita mengadakan kempen menarik pelaburan asing ke Malaysia kalau syarikat utama kita tidak ada keupayaan untuk memastikan jenis pelaburan yang menarik dan memberi keuntungan.

“Kita harus beri kelonggaran (pelaburan luar negara), kita akan bincang sekali lagi sama ada 20 atau 25 peratus, saya belum pasti tetapi tentu ada tanggungjawab untuk sama-sama memikirkan keperluan untuk meningkatkan pelaburan dalam negara,” lapor Utusan.

Anwar turut meminta Unit Pantau MADANI, GLC dan GLIC untuk berinteraksi secara langsung dengan pimpinan kerajaan untuk memastikan pelaksanaan program mengikut dasar ditentukan.

Jelasnya lagi, mulai hari ini, GLIC dan GLC turut dijemput ke perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan selepas mengambil kira peranan besar dua badan itu dalam merealisasikan hasrat Ekonomi Madani.

Anwar berkata, GLIC dan GLC tidak boleh lagi hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata tanpa berperanan dan mengambil tanggungjawab korporat yang lebih besar dalam pembinaan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat