Pembangkang cuma temberang, tak cukup angka kalau uji di Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang didakwa tidak ada keberanian untuk melakukan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat kerana tidak mempunyai cukup angka untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menegaskan, pembangkang sekadar mahu mencetuskan provokasi untuk melemahkan kerajaan.

“Ada peguam mencadangkan lebih baik majoriti Perdana Menteri diuji di Parlimen. Sudah pasti pembangkang tidak setuju. Ia akan mendedahkan Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tidak cukup angka.

“Matlamat mereka hanya persepsi, gembar gembur dan provokasi untuk lemahkan kerajaan. Walhal angka PN makin merosot kerana 7-8 MP Bersatu akan umum sokong Perdana Menteri.

“Sebab itu PN tidak berani minta undi belah bagi apabila Bajet 2024 diluluskan. Mereka lebih banyak temberang,” bidas beliau.

Semalam, ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sokongan terhadap Perdana Menteri harus diputuskan melalui undi percaya di Dewan Rakyat dan bukannya akuan berkanun (SD).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat