Agong titah Anwar terus tadbir negara, Istana tak terlibat percaturan politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan kerja mengurus negara.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah bahawa pihak Istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.

“Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.

“Baginda juga bertitah bahawa pihak Istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” ujar Anwar dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan hari ini seperti kelazimannya saya menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat