Agensi kawalan sempadan baharu akan ditubuh perkukuh pertahanan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang merangka satu rang undang-undang (RUU) bagi penubuhan sebuah agensi tunggal kawalan negara (SBA).

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, RUU berkenaan dijangka dibentangkan pada suku pertama tahun ini di Parlimen.

“Jemaah Menteri baru sahaja memberikan persetujuan untuk cadangan diadakan RUU bagi maksud menubuhkan entiti baharu SBA yang akan memakai satu nama dan seterusnya beroperasi sebagai satu agensi kawalan sempadan yang baharu.

“Bermula sekarang dengan kelulusan Jemaah Menteri itu, maka KDN dan Pejabat Peguam Negara, kami akan memulakan kerja untuk maksud mewujudkan atau mengadakan RUU baharu tersebut,” katanya selepas Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri Tahun 2024 lapor Utusan di Putrajaya pada Selasa.

Pada pembentangan Belajawan 2024 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan SBA sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, inisiatif SBA yang dirancang sejak 2018 bagi menyatukan lebih 20 agensi penguatkuasa di 141 pintu masuk antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, penubuhan SBA bukan sahaja baik dari segi koordinasi malah sistem penyampaian akan menjadi lebih cekap dan pantas selain dapat menambah baik isu integriti.

“Sebagai contoh di Rantau Panjang terdapat sembilan agensi sementara di Kompleks Sultan Abu Bakar ada 14 agensi berlainan dan Bangunan Sultan Iskandar pula 23 agensi, jadi ia adalah keputusan yang betul untuk mewujudkan SBA ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat