ATM sedia bina hospital medan tampung pesakit COVID-19

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

KUALA LUMPUR:  — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mewujudkan hospital medan bagi pesakit COVID-19 sekiranya ada keperluan.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata ketika ini, hospital medan terbesar ialah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang berkapasiti 10,000 katil.

“Berkemungkinan besar Kementerian Kesihatan (KKM) akan tambah lagi (hospital medan) jika peningkatan kes berterusan dan kapasiti di MAEPS tidak dapat tampung (pesakit COVID-19).

“Buat masa ini, ATM bekerjasama dengan KKM bagi menentukan keupayaan hospital medan itu dapat membantu dan menampung keperluan semasa. Ini merupakan proses yang berterusan,” katanya selepas merasmikan monumen dan peletakan plak Old Putera (OP) 78 di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Mengulas mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri, Affendi berkata ATM sedia menambah jumlah anggota dan aset untuk dikerah bagi membantu operasi banjir sekiranya keadaannya bertambah teruk.

“Berdasarkan keadaan semasa, jumlah anggota dan aset-aset mencukupi iaitu kira-kira 4,900 anggota dan juga 1,015 pelbagai aset ATM telah dikerahkan di seluruh negeri yang terjejas banjir teruk,” katanya.

Ditanya perkembangan terkini mengenai ancaman siber selepas berlaku serangan siber terhadap rangkaian data milik ATM sebelum ini, Affendi memberi jaminan ketika ini sistem pertahanan negara selamat dan pihaknya sentiasa menambah baik keupayaan sedia ada.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan