“PM jangan asyik cakap politik saja, orang itu sakau, orang ini tak betul… itu punca komen jelik” – Sanusi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Noor menegur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar supaya tidak perlu bercakap politik memanjang dalam program kerajaan.

Kata Sanusi, Perdana Menteri wajar memanfaatkan peluang di pentas program untuk menerangkan program-program baru Kerajaan Madani.

“Datuk Seri (Anwar) sendiri kena ambil peluang dalam program -program kerajaan cakap benda-benda yang tenggelam tu supaya timbul, tak perlu cakap politik memanjang dalam program kerajaan.

“Tak ada orang lain yang lebih berpengaruh melebihi Perdana Menteri untuk menerangkan apa program-program baru Kerajaan Madani buat, supaya maklumat sampai kepada orang ramai.

“Kalau PM sendiri tak cerita, orang pun tak menyambung, tenggelamlah program kerajaan.

“Bila PM asyik cakap politik, orang tu salah, orang ni sakau, orang tak betul, orang tu begitu begini, orang tu telepon saya, orang tu jemput saya ke sana, pemimpin dunia semua mahu jumpa saya, orang ramai jadi meluat, maka timbullah komen jelik dan maki hamun serata alam.

“Orang betul-betul nak tau 167 program kerajaan PMX tu apa dia? Cuba cerita…,” saran Sanusi.

Sebelum ini Anwar menzahirkan rasa kesal apabila sebahagian maklumat sebenar mengenai dasar dan pencapaian kerajaan tidak sampai kepada rakyat seperti diharapkan.

Menurut beliau, usaha kerajaan sering kali tenggelam kerana kandungan bersifat negatif lebih mudah mendapat perhatian di media sosial.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid kata ada 140 ikhtiar atau inisiatif baharu. Sebenarnya kalau kita kira 167 kesemuanya, tetapi tidak sampai kadang-kadang kepada khalayak.

“Apa yang sampai itu hanya ‘sampah’, sumpah dan maki hamun kerana ini negara demokrasi dan bebas… media sosial itu digunakan tidak untuk membina, tetapi untuk menghina,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat