Tawaran Diskaun 80 Peratus Bayaran Saman Trafik Mulai Esok Hingga 12 Disember – Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80%, bermula esok hingga 12 Dis ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim, berkata tawaran diskaun itu sempena program 100 hari Aspirasi #KeluargaMalaysia, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter polis di KLCC, kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata tawaran pengurangan saman itu, tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Mat Kasim berkata, orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi polis atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my/ atau memuat turun aplikasi di platform Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery, seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Beliau dalam masa sama, meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 bagi yang berurusan di kaunter bayaran fizikal. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat