Asteroid Gergasi Menuju Ke Orbit Bumi Menjelang Krismas – NASA

- Advertisement -

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi amaran sebiji asteroid yang saiznya 10 kali ganda lebih besar daripada pokok Krismas Rockefeller di New York kini dalam perjalanan menuju ke orbit Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Biarpun asteroid itu dijangka berada pada jarak 6.43 juta kilometer dari Bumi, ia bukanlah sejauh yang disangka.

Malah, organisasi angkasa lepas menganggap mana-mana objek angkasa yang bergerak pantas yang berada dalam jarak tersebut dianggap ‘berpotensi berbahaya’.

Agensi angkasa lepas itu berkata, pihaknya akan mengawasi asteroid itu.

NASA menganggap mana-mana objek bergerak pantas yang melalui dalam lingkungan 300 juta kilometer dari Bumi sebagai Objek Dekat Bumi (NEO).

Asteroid yang dipanggil Asteroid 2016 TR54 itu dijangka bergerak pada kelajuan 56,327 kilometer sejam pada pagi sehari sebelum Hari Krismas.

Namun, tidak semua asteroid berbahaya dan mana-mana batu angkasa yang lebih kecil daripada sebuah kereta akan musnah apabila memasuki atmosfera Bumi. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat