UMNO Sabah wujudkan Jabatan Urusan Pilihan Raya

- Advertisement -

KOTA KINABALU: UMNO Sabah mewujudkan Jabatan Urusan Pilihan Raya (Juara) yang berperanan menyelaras dan melaksanakan pelbagai program bagi mendekati ahli serta rakyat di peringkat akar umbi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata Juara, yang akan dilancarkan pada awal tahun depan itu, juga bertujuan untuk memperkasa lagi kekuatan parti itu di negeri ini.

“Melalui sekretariat ini, pelbagai program mengikut sekretariat masing-masing akan digerakkan untuk mendekati ahli dan rakyat di peringkat akar umbi,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Juara akan dipengerusikan Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Timbalannya Datuk Mohd Rafi Ali Hasan, manakala Pengawai Kerja UMNO Sabah Hashim Mohd Soon (Setiausaha), Ketua UMNO Libaran Suhaimi Nasir (Bendahari) dan Ketua UMNO Tenom Datuk Raime Unggi (Ketua Penerangan).

Di peringkat sekretariat, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat akan mempengerusikan Sekretariat Penyelidikan, manakala ADUN Pantai Dalit Jasni Daya bagi Sekretariat Big Data.

Tiga lagi sekretariat iaitu Sekretariat Komunikasi Strategik, Sekretariat Latihan dan Sekretariat Naziran masing-masing dipengerusikan oleh ADUN Tempasuk Arshad Bistari, ADUN Sungai Manila Mokran Singkat serta ADUN Pantai Manis Tamin Zainal.

Bung Moktar berkata usaha memperkuatkan parti akan lebih teratur dan sistemetik melalui gerak kerja yang dilaksanakan oleh sekretariat terbabit.

Sementara itu, Bung Moktar menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah Datuk Kadzim M. Yahya atas sumbangan beliau selama berkhidmat bersama UMNO negeri hampir 30 tahun dengan penuh cemerlang.

Kadzim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang baharu pada Oktober lepas digantikan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort Awang Aslee Lakat berkuat kuasa 1 Nov.

Mengenai mesyuarat yang dipengerusikan pada Sabtu lepas, Bung Moktar turut mengumumkan perlantikan dan kemasukan semula ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebagai Pengarah Pilihanraya Sabah bagi PRU-15 akan datang.

Selain Salleh, UMNO Sabah turut menerima kemasukan ADUN Sugut Datuk James Ratib, bekas ADUN Pitas Datuk Bolkiah Ismail, bekas ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail dan bekas ADUN Kemabong Jamawi Jaafar.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat