ATM sahkan enam anggota Malbatt terkena serpihan letupan serangan Israel di Lubnan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan satu insiden letupan telah berlaku pada 7 November 2024, pada pukul 1.54 tengah hari waktu Lebanon atau 7.54 malam waktu Malaysia.

ATM dalam kenyataan media berkata kejadian berlaku di Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) dari Beirut ke Kem Marakah.

“Letupan tersebut telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.

“Akibat kejadian tersebut, seramai enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan iaitu lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk kecederaan di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm) dan seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 yang juga mengalami cedera ringan.

“Anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan ole Pegawai Perubatan MALBATT 850-11,” katanya.

Melalui kenyataan itu juga ATM berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapi dan akan memaklumkan sebarang kemas kini berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

ATM kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat