PM perlu nilai semula budaya katak politik – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh memohon agar Perdana Menteri menilai semula ‘katak-katak’ politik yang melompat supaya agenda reformasi Parlimen dapat dilaksanakan sebaiknya.

Beliau menggesa drama-drama politik seumpama ini dihentikan kerana mengundang muak di kalangan rakyat.

“Saya mohon agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menilai semula mereka-mereka yang melompat ini agar agenda reformasi Parlimen dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai tujuan sebenar reformasi tersebut.

“Cukup-cukuplah dengan drama politik sebelum ini,rakyat sudah penat dan muak dengan drama politik tersebut. Kini adalah masa untuk fokus membantu rakyat,” tegas Dr Akmal.

Mengulas lanjut, Exco Negeri Melaka itu berkata, apabila akta anti lompat parti dibawa adalah bertujuan untuk menghalang katak-katak politik untuk melompat sesuka hati sekali gus tidak ada lagi drama politik yang berpanjangan.

“… dan wakil rakyat yang dipilih boleh terus fokus untuk berkhidmat bagi rakyat yang memilih mereka dan parti yang mereka wakili.

“Tetapi rupa-rupanya walaupun akta anti lompat parti telah diluluskan katak-katak ini tetap melompat menggunakan nama yang lain sahaja iaitu menyokong kerajaan tanpa keluar parti.

“Jadi nama yang digunakan walaupun berbeza tetap sama tujuannya untuk katak-katak ini melompat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat