KPKM lancar Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS)

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius berkaitan kekurangan bekalan Benih Padi Sah (BPS) dalam pasaran kerana ia merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera.

Sehubungan dengan itu, KPKM melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melancarkan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara bermula 7 November 2023.

“Task Force OP BPS ini melibatkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak bertujuan bagi memastikan bekalan pengedaran dan penjualan BPS mencukupi serta mematuhi harga kawalan runcit baharu berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pengarah KPB Bilangan 6/2023.

“Task Force OP BPS di peringkat Zon Utara mensasarkan pengeluar BPS dan agen peruncit di negeri Kedah yang mendapat kebenaran menjual benih padi sah kepada pesawah. Tempoh pelaksanaan Task Force OP BPS ini diadakan selama dua (2) minggu bermula 7 November 2023 sehingga 21 November 2023,” kata KPKM menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, sekiranya didapati ada pihak gagal untuk mematuhi perundangan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], Kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk membatalkan SERTA MERTA atau menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan.

Sebarang maklumat atau aduan berhubung isu mengenai kekurangan bekalan BPS di pasaran, sila kemukakan aduan secara rasmi bersama butiran dan maklumat yang lengkap melalui saluran berikut:

i. Portal Aduan KPB : https://skpb.kpkm.gov.my/adu

ii. E-mel Rasmi ( [email protected] )

iii. Hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya : 03-88701751/1748/1183

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat