Jaga kesihatan mental dan emosi sewaktu layari berita dari Gaza – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan pengguna semua platform media sosial di negara ini supaya menjaga kesihatan mental dan emosi masing-masing ketika melayari berita serta gambar dari Gaza.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menasihatkan pengguna yang berasa terganggu dari segi mental dan emosi dengan gambar serta berita yang diterima dari Gaza supaya mendapatkan khidmat kaunseling daripada pakar.

“Waktu ini kita terima banyak berita yang agak hiba dan menyedihkan dari Gaza. Jadi aspek kesihatan mental juga perlu kita tingkatkan kerana kadangkala apa yang kita lihat dalam media sosial itu tidak ditapis.

“Seperti gambar kematian yang mungkin boleh meninggalkan kesan kepada kita apatah lagi kanak-kanak,” lapor Bernama pada Rabu.

Fahmi berkata, secara jujur beliau sendiri turut terganggu terutama dalam minggu-minggu pertama serangan ke atas Gaza bulan lalu.

“Saya sendiri apabila buka Instagram Facebook, X (Twitter) dan TikTok, saya pun tak boleh kawal emosi secara peribadi. Ia amat sedih tengok ibu mendakap anak yang meninggal dan jenazah dibawa keluar daripada runtuhan.

“Bila kita lihat (gambar seperti itu) ia akan meninggalkan kesan. Jadi, utamakan kesihatan mental, sekiranya merasakan (gambar dan berita Gaza) mengganggu emosi dapatkan perkhidmatan kaunseling daripada pakar,” katanya.

Fahmi berkata, berita yang memberi kesan mendalam ialah apabila terdapat wartawan yang membuat liputan di Gaza terbunuh.

“Sangat dahsyat. Wartawan pun jadi mangsa,” katanya.

Gaza mula menjadi perhatian dunia termasuk rakyat Malaysia apabila mula diserang rejim Zionis Israel pada 7 Oktober lalu.

Mengenai perkhidmatan 5G di hospital, beliau berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan kemudahan itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menghubungkan HKL dengan Institut Kesihatan Negara di Setia Alam, Selangor bagi membantu tugas pakar di kedua-dua fasiliti.

“Bagi kemudahan 5G di hospital swasta saya menggalakkan DNB dan syarikat telekomunikasi untuk mengadakan libat urus lebih lanjut. Maklumat mengenai kawasan yang mempunyai kemudahan 5G boleh dilihat di portal Jalinan Digital Negara (Jendela) di Jendela map,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat