Hujan Lebat, Longkang Tersumbat Punca Banjir Kilat Di Shah Alam – Bomba Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang melakukan pemantauan keadaan banjir melibatkan beberapa kawasan di Shah Alam mengesahkan keadaan terkawal setakat ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata beberapa kawasan dinaiki air termasuk perumahan di Seksyen 32 Bukit Naga, Kota Kemuning disebabkan longkang tersumbat.

Katanya, di Taman Sri Muda pula, kunci air di kawasan berkenaan beroperasi dengan baik.

Beliau berkata, menerusi pemantauan yang dilakukan pasukan JBPM Shah Alam mengesahkan tiada risiko banjir melibatkan beberapa jalan di lokaliti berkenaan.

“Antaranya di Jalan Waja 25/1, Jalan Mahir, Jalan Makmur dan Jalan Harapan.

“Manakala di Kota Kemuning, tiada risiko banjir melibatkan Seksyen 17 ke Seksyen 24.
“Tiada kerja-kerja penyelamatan dibuat. Sekadar membuat pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Norazam dalam masa sama turut menasihati agar penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dan terus menghubungi JBPM sekiranya keadaan semakin teruk.

Terdahulu, beberapa kawasan di Shah Alam dilaporkan dinaiki air sejak jam 4 petang selepas hujan lebat lebih dua jam.

Bencana itu sekali gus menyebabkan beberapa jalan raya utama termasuk di sekitar Lembah Klang mengalami kesesakan trafik. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat