UKMR-K 2024, tingkatkan kecekapan kemahiran pengendalian senjata api anggota Rela – Abdul Halim

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BUKIT SELAMBAU – Usaha yang dipupuk hasil daripada penyertaan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam acara Ujian Kemahiran Menembak RELA Peringkat Kebangsaan (UKMR-K) 2024, akan dapat diterapkan dalam penugasan, mengasah bakat, dan meningkatkan kecekapan kemahiran pengendalian senjata api.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Hj. Abdul Halim Abdul Rahman, berkata demikian ketika berucap di majlis pembukaan kejohanan UKMR-K 2024 di Lapang Sasar Pusat Latihan RELA Wilayah Utara (PLRWU), dekat sini pada Isnin.

“UKMR-K memberi pendedahan kepada anggota RELA dalam pengendalian senjata dengan baik, menguji tahap kecekapan pengendalian senjata, dan memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian senjata, ”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman berkata, penganjuran UKMR-K 2024 pada kali ini bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan, menguji tahap kecekapan dalam pengendalian senjata seterusnya memastikan tahap kesiapsiagaan RELA.

RELA dalam kenyataannya memaklumkan, kejohanan UKMR-K bermula pada 7 hingga 12 Oktober ini telah mempertandingkan pelbagai acara menembak yang merupakan acara tahunan jabatan dan telah diadakan secara berperingkat di daerah, negeri dan pusat latihan.

“Hampir 700 orang peserta mewakili 19 kontinjen Ibu Pejabat RELA, RELA Negeri, dan Pusat Latihan RELA seluruh Malaysia telah hadir menyertai kejohanan ini, ”kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat