Ramli, Orang Asli pertama dilantik anggotai MKT Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Dr Ramli Mohd Nor melakar sejarah apabila menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan mesyuarat MKT Umno telah menyaksikan Ramli yang juga Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang mengangkat sumpah atas pelantikan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi.

“Tahniah diucapkan kepada Ramli Mohd Nor, ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang mengangkat sumpah atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia pada malam tadi.

“Ini merupakan detik bersejarah apabila beliau menjadi Orang Asli pertama yang menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, membuktikan komitmen parti untuk menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang termasuk Orang Asli,” kata Asyraf.

Hal demikian beliau menambah, Umno akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli dan memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memacu kegemilangan negara dalam landskap politik negara.
jap

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat