ELMU tandatangan Mou dan MoA, perkasa pendidikan penguatkuasaan undang-undang

- Advertisement -

NILAI – Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Memorandum Perjanjian (MoA) dengan dua universiti, satu persatuan industri dan satu syarikat penyedia program latihan bagi memperkasa pendidikan penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

Naib Canselor ELMU, Prof. Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed berkata kerjasama melalui MoU dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Persatuan Sains Forensik Malaysia (FSSM) serta MoA dengan RAMS EduTech Sdn. Bhd. adalah bersesuaian dalam membantu dan menyokong usaha negara dalam pemerkasaan bidang pendidikan penguatkuasaan undang-undang, kepimpinan, pengurusan, forensik dan juga penyelidikan.

“Antara objektif MoU USIM dan ELMU adalah bagi memantapkan kolaborasi akademik dari segi kedayaupayaan Penyelidikan, program Kepimpinan dan juga dalam usaha merangka Kursus Profesional Jangka Pendek. MoU dengan UKM pula adalah bagi memupuk pertukaran idea akademik dalam bidang Pendidikan dan Penyelidikan.

“Manakala bagi FSSM, kami ingin meneroka cara menginovasi pengajian dan aplikasi dalam bidang sains forensik dan juga mengeratkan hubungan antara pakar-pakar forensik di dalam komuniti ini.

ELMU juga menandatangani MoA dengan RAMS EduTech dengan objektif memantapkan pengajian dan pembelajaran penguatkuasaan undang-undang melalui platform dalam talian,” katanya pada majlis menandatangani MoU dan MoA berkenaan di kampus ELMU di sini pada Isnin.

Kassim berkata melalui kerjasama tersebut, platform dan kemudahan dalam bidang pengajian dan penyelidikan bidang-bidang tersebut juga dapat diinovasi dan diperkukuh dari segi ilmu pengetahuan dan keberkesanan platform yang sedia ada.

“Saya percaya gabungan kesemua pihak mampu memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan bagi tujuan pemerkasaan tahap ilmu pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja kepada warga USIM, UKM, FSSM dan ELMU, tetapi kepada pihak-pihak lain juga yang menerima manfaat atas kerjasama ini,” tambahnya.

Dalam majlis yang berlangsung di bandar Enstek Nilai itu, Dr. Kassim menandatangani MoU bagi pihak ELMU manakala USIM diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafar, dan FSSM oleh Presidennya, Dato’ Dr. Yew Chong Hooi.

Manakala mewakili RAMS EduTech menandatangani MoA ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Brian Liew Yu Hoe.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat