Isham Jalil cabar Presiden UMNO berdebat di gelanggang terbuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Isham Jalil mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berdebat di gelanggang terbuka secara ‘live’ di hadapan akar umbi.

Menurut Isham, ajakan Zahid untuk berdebat di saluran mesyuarat MKT berat sebelah dan tidaklah bijak.

Tambah Isham, beliau sanggup letak jawatan jika kalah dalam debat tersebut. Jika beliau menang, Ahmad Zahid boleh buat referendum parti, atau buat pemilihan Presiden, atau fikirkan apa yang patut dibuat oleh Presiden jika berani dan anak jantan.

Kenyataan Isham merujuk wawancara Ahmad Zahid bersama Berita Harian yang mecabarnya kalau ‘anak jantan, mari kita berdebat’.

“Pagi tadi Presiden UMNO ajak saya berdebat dalam artikel wawancaranya bersama Berita Harian. Dia cabar saya, dia kata kalau saya “anak jantan, mari kita berdebat”.

“(Dalam artikel online, perenggan ini telah diedit dan dipadam mungkin diarah, tetapi di dalam akhbar yang dicetak hari ini ianya masih ada, buktinya seperti gambar di bawah, dan saya telah dapatkan pengesahan wartawan Berita Harian, boleh rujuk wawancara penuh di akhbar cetakan).

“Dia dan artikel tersebut rujuk saya sebagai “bekas Ketua Penerangan” yang “menang bertanding MT” baru-baru ini dan “tidak sependapat dengan Presiden”. Saya memang bekas Ketua Penerangan UMNO yang menang bertanding MT dan tidak sependapat dengan Presiden.

“Dan saya memang tidak mahu jawatan Ketua Penerangan tersebut selepas Presiden membuat keputusan untuk pergi pilihanraya bersama DAP dan saya telah serah semula jawatan Ketua Penerangan UMNO itu sebab jika saya masih memegangnya saya perlu memperjuangkan DAP dan menutup sebelah mata ke atas perjuangan DAP menegakkan Malaysian Malaysia, ini bertentangan dengan pendirian saya. Mungkin dia terasa hati dan koyak dengan pendirian saya itu. Namun dia tidak boleh paksa saya dan akar umbi untuk terima DAP,” katanya.

Menurut Isham, beliau tidak diberi peluang untuk bercakap untuk memberi pandangan semasa mesyarat MKT.

“Dia juga rujuk saya sebagai yang “tidak datang mesyuarat”. Dia suruh saya bentang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk beri pandangan dan katanya bukan “berkokok di luar”.

“Apa yang dia tidak beritahu ialah sebelum ini (sebelum kita pergi PRN dengan PH) saya telah ingin bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi tetapi dia tidak beri dan apabila tiba giliran saya bercakap dia terus tutup mesyuarat tanpa beri saya berhujah.

“Dia juga tuduh kononnya saya “baling batu sembunyi tangan” walhal saya tidak pernah menyuruh orang-orang saya menghentam Presiden sebagaimana orang-orang Presiden disuruh menghentam saya. Sebagai pemimpin kita tidak boleh jadi munafik atau kerap berbohong terutama untuk menjatuhkan orang yang tidak menyokong kita, ujar Isham lagi.

Mengenai kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai semalam katanya, majoriti BN telah berkurangan dalam 2,000 (20%) pengundi Melayu.

Jelas Isham, pengundi Melayu telah beralih sokongan daripada BN di kawasan kubu kuat daripada 70 peratus pada PRU-15 lepas kepada hanya 50 peratus kini.

“Ini adalah satu angka yang signifikan. Sebab itu undi kita jika dicampur undi PH telah berkurang dua ribu berbanding PRU lepas.

“Kita perlu ambil perhatian perkara ini walaupun kita menang, sebab jika trend ini berterusan kita akan menghadapi risiko besar di kawasan-kawasan lain dan kita akan bergantung kepada undi DAP untuk menang. Ini bukanlah baik untuk masa depan UMNO dan perjuangan orang-orang Melayu,” katanya. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat