Minum Malam Bersama Anwar Bincang Kebobrokan Melaka – Adly

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesi ‘minum malam’ geng Melaka bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan krisis runcing yang dihadapi di negeri itu.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, kebobrokan dan kepincangan kerajaan Melaka menjadi topik perbualan utama bersama Anwar.

Tegas Adly, UMNO dilihat seolah-olah tidak pernah mahu belajar dari sejarah lampau.

“Terima kasih kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana sudi melapangkan masa bersama teman-teman ADUN yang menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada.

“Banyak perkara dibincangkan terutama kepincangan kerajaan sedia ada. Isu tambakan laut, rebutan konsesi pasir, agihan kebajikan berasaskan politik kepartian, kelemahan membuat keputusan di mesyuarat kerajaan negeri, dasar tanah yang memihak, salah guna kuasa melampau dan banyak lagi kerakusan kuasa,” catat Adly di Facebooknya pada Jumaat.

Kata beliau lagi, semua ini berlaku dikala kita menghadapi COVID- 19 dan ekonomi terburuk dalam sejarah Melaka dan Malaysia.

Semalam, ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pernah bertemu Pengerusi PH.

Ia susulan sekeping gambar yang tular di media sosial menunjukkan beliau bersama tiga lagi bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Isnin lalu, bertemu Ketua Pembangkang itu.

Mereka adalah Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Turut hadir pada pertemuan dipercayai diadakan di sebuah hotel di Kota Laksamana, ialah Adly.

Kata Idris, itu hanyalah pertemuan biasa PH, memperkenalkan empat ADUN yang sudah merubah kerajaan dan mereka cuma minum malam.

“Pertemuan itu tidak membincangkan hal mengenai tawaran menyertai PKR, tetapi lebih kepada sesi perkenalan dan berbicara hal ehwal politik semasa,” katanya seperti dilaporkan.

Mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, pada perjumpaan berkenaan, Anwar menasihatkan semua empat ADUN terbabit kekal bersabar dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak mahkamah.

Sebelum ini juga, Idris mendedahkan pernah dihubungi dua presiden parti dalam gabungan PH selepas beliau bersama tiga ADUN lain bertindak menarik sokongan terhadap Sulaiman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat