PKPD Dua Lokaliti Di Pahang Dilanjutkan – MKN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Diperkatakan (PKPD) dua lokaliti di Pahang dilanjutkan sehingga 23 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD di Pos Sinderut, dan Perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang, dan Pos Titom, kedua-duanya di Mukim Ulu Jelai, Lipis di Pahang dilanjutkan selepas pihaknya menilai pembentangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selepas meneliti analisis oleh KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan dilanjutkan di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pelaksanaan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan.

Katanya, ini membabitkan dua lokaliti di Ranau iaitu Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan serta Base Camp Bornion Timber Sdn Bhd, Batu 46, Tulid, Sook, Keningau, Sabah yang ditamatkan esok seperti jadual.

Lokaliti di Pahang pula membabitkan dua Perkampungan Orang Asli, Kuala Krau, Temerloh iaitu Kampung Pasu dan Kampung Penderas serta Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentakab, juga Temerloh, Pahang, juga ditamatkan esok.

Rodzi berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh KKM mengenai keadaan semasa. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat