Rogol Kanak-Kanak, Bapa Saudara Ditahan, Abang Ipar Diburu

- Advertisement -

PITAS: Polis memburu seorang lagi lelaki disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun akhir bulan lalu.

Suspek yang juga abang ipar mangsa antara dua lelaki yang merogol mangsa dalam kejadian jam 5 petang, 30 September lalu.

Seorang lagi suspek yang juga bapa saudara mangsa berusia 40-an ditahan sebaik laporan dibuat pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan pada hari kejadian daripada seorang pengadu wanita iaitu kakak mangsa yang juga isteri suspek yang masih diburu.

“Berdasarkan laporan terbabit, pengadu meminta mangsa menjaga tiga anaknya di rumahnya disebabkan mahu ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selain suspek (suami pengadu) pergi bekerja.

“Bagaimanapun, sebaik pengadu kembali di rumahnya, mangsa memaklumkan dia ‘diganggu’ di bilik tidur oleh dua supek terbabit,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, polis berusaha mengesan suspek berusia 31 tahun yang juga abang ipar mangsa.

“Suspek melarikan diri dan kita meminta penduduk sekitar yang mempunyai maklumat supaya segera menghubungi pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat