Piala FA: Habuan Wang Tunai Jika Terengganu FC Kalahkan JDT – Samsuri

- Advertisement -

KUALA NERUS – Kerajaan negeri bakal memberi habuan kepada barisan pemain dan jurulatih Terengganu FC (TFC) sekiranya berjaya membawa pulang trofi Piala FA pada Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, imbuhan khas berupa wang tunai itu adalah suntikan semangat tambahan kepada pemain menjelang aksi final bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Saya percaya semangat dan moral pasukan berada dalam keadaan terbaik walaupun sedar akan berdepan cabaran hebat daripada JDT di perlawanan akhir nanti.

“Jika pemain dapat memperkemaskan lagi sedikit kelemahan, saya yakin tiada sebab TFC tidak mampu mengalahkan JDT. Malah kita juga dalam momentum positif empat kemenangan berturut-turut.

“Mengambil kira semangat itu, akan ada insentif menanti sekiranya TFC menang dan menamatkan penantian kejuaraan selama 11 tahun,” katanya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Samsuri ditemui pemberita ketika mengiringi dan memberi kata semangat kepada skuad Sang Penyu yang bertolak ke ibu negara dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, hari ini.

Bagaimanapun Dr. Ahmad Sanusi tidak mendedahkan jumlah imbuhan tersebut.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan penyokong TFC yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil agar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi walau apa jua keputusan perlawanan.

“Kalah menang itu adalah adat permainan dan saya harap penyokong TFC menjaga tatatertib dan kekal bertenang jika ada keputusan yang tidak berpihak kepada kita,” tambahnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat