‘Saya Tarik Diri Dari Sokong PN Sebab Ikut Rancangan Najib Dan Zahid’ Kata Nazri Aziz

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Renggas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, penarikan sokongan beliau terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari lepas adalah disebabkan mengikut rancangan kumpulan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik laporan Astro Awani, Nazri berkata, selepas beliau menarik sokongan tersebut, Najib dan Zahid tidak menarik sokongan hingga menyebabkan beliau hilang peruntukan sebanyak RM3.8 juta untuk kawasan Parlimennya.

“Saya ingin ulang, hujah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuat pada Januari lalu adalah kerana mengikut perancangan kumpulan yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.” katanya.

Sementara itu, Nazri membidas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan yang telah membuat pusingan-U dalam soal menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

“Ketika pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen, Jazlan antara yang bersetuju untuk kekal menyokong PN.

“Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah membuat pusingan-U dalam soal menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

“Saya mengesahkan (Ahmad) Jazlan ini seorang lagi kaki penipu kerana pada Khamis 29 Julai dalam pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO di Parlimen, Jazlan antara yang setuju kekal sokong PN, tetapi selepas itu dia u-turn.” ujar Nazri lagi.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah putuskan supaya kita tamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15, jelas Nazri.

“Ini bermaksud PAU dan akar umbi UMNO mahu kita terus bersama kerajaan hingga Parlimen bubar. Oleh kerana saya orang parti, sebab itu saya kembali menyokong Muhyiddin dan PN seperti dituntut oleh parti. Mana ‘flip-flop’nya Jazlan?” Soal Nazri kepada Ahmad Jazlan.

Nazri juga menjelaskan tentang sokongan yang diberikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Beliau menjelaskan, sokongan itu diberikan bertujuan menyelamatkan UMNO yang cuba diharamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu.

“Oleh kerana dikatakan dalam tempoh dua tahun selepas PH menang, (Tun) Mahathir akan serahkan kepada Anwar jawatan perdana menteri.

“Jadi, saya nampak ada ruang untuk menyelamatkan UMNO kerana Dr Mahathir bersungguh-sungguh mahu mengharamkan UMNO.

“Tujuan saya berbaik dengan Anwar hanya semata-mata kerana mahu menyelamatkan UMNO, bukan macam Jazlan dan gengnya yang diketuai Zahid yang bersungguh-sungguh mahu mahu jatuhkan kerajaan hari ini kerana mahu bergabung dengan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Kalau bergabung dengan Anwar, maknanya bergabung dengan DAP. Jadi Jazlan kena ingat bahawa keputusan PAU 2020 juga ialah ‘No Anwar, No DAP’.
Mengulas dakwan Jazlan bahawa beliau sanggup menghina dan mencaci Najib yang banyak berjasa dan berbudi, Nazri menjelaskan ini bukan soal berjasa atau tidak kepada individu.

Sebaliknya beliau menegaskan, tidak akan bersikap begitu sekiranya Najib sendiri tidak menghina dan memperlekehkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya tidak akan menghina dan mencaci Najib kalau dia sendiri tidak menghina dan memperlekehkan Ismail Sabri yang sah dilantik sebagai TPM.

“Saya tidak faham kenapa kecaman itu datang dari pemimpin UMNO. Kalau tidak puas hati dengan Muhyiddin, kecamlah Muhyiddin, kenapa kecam Ismail Sabri? Sebab itu saya bersikap kurang ajar terhadap Najib.

“Soal konon Najib banyak berjasa kepada saya… saya nak beritahu Jazlan, saya dilantik sebagai menteri atas kebolehan saya.

“Walapun saya bukan ahli MT UMNO, saya tetap dilantik sebagai menteri selama 19 tahun. Dan kena ingat, Najib naik juga kerana sokongan saya. Kesetiaan saya bukan kepada individu tetapi kepada UMNO.

“Kepada Jazlan, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan kamu duga,” katanya.

Pada Ahad, Malaysiakini melaporkan Jazlan menasihati Muhyiddin agar berhati-hati dengan Nazri yang didakwa boleh menyokong sesiapa sahaja dan boleh berubah menjadi lawan dengan sekelip mata.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat