Penasihat Media Mahathir, Umum Keluar Bersatu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Penasihat Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan telah keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Datuk Abdul Kadir Jasin memaklumkan perkara itu melalui satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

“Saya keluar Bersatu berkuatkuasa 6 Ogos 2020 melalui surat kepada Setiausaha Kerja (Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya) pada tarikh yang sama,” katanya pada Jumaat.

Tokoh wartawan veteran itu merupakan antara pemimpin Bersatu yang berpihak kepada Mahathir.

Bagaimanapun tidak dapat di pastikan sama ada beliau akan turut menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh bekas perdana menteri itu.

Terdahulu Mahathir memaklumkan akan menubuhkan satu lagi parti yang berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan pribumi sebagaimana yang diasaskannya sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan matlamat parti baharu tersebut adalah bertujuan menghapuskan rasuah dan kleptokrasi serta perjuangan berlandaskan semangat, bukan duit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat