Saya tetap berjuang walau tidak dipilih atau dihalang bertanding oleh mahkamah — Chegubard

KUALA LUMPUR — Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menegaskan beliau akan terus berjuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan walaupun tidak dipilih sebagai calon atau berdepan kemungkinan dihalang bertanding oleh mahkamah.

Beliau berkata, fokus utamanya bukan mencari kerusi selamat, sebaliknya menyatukan semua pihak yang mahu menentang Pakatan Harapan (PH) dalam satu pasukan rakyat.

Menurutnya, keputusan kes Akta Hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat ini juga mungkin memberi kesan kepada kelayakannya untuk bertanding.

Namun, Chegubard berkata, apa pun keputusan mahkamah, beliau tetap menerima dan akan terus membantu gerakan menumbangkan PH di Negeri Sembilan.

Katanya, PRN Negeri Sembilan penting bagi memastikan pembangkang tidak berpecah, selain mempertahankan adat dan sistem pemerintahan pusaka bangsa di negeri itu.

Beliau turut menyeru semua pihak yang menentang PH supaya mengetepikan kepentingan kerusi dan memberi tumpuan kepada usaha bersama menghadapi PRN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat