Netanyahu calonkan Trump untuk terima Hadiah Keamanan Nobel selaku pendamai global

- Advertisement -

WASHINGTON – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan beliau telah mencalonkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menerima Hadiah Keamanan Nobel, sebagai pengiktirafan terhadap peranan Trump dalam memeterai beberapa perjanjian damai di peringkat global.

Netanyahu menyerahkan surat pencalonan rasmi kepada jawatankuasa Nobel dan memaklumkan perkara itu semasa menghadiri satu majlis makan malam bersama Trump di White House, di Washington pada Isnin.

“Beliau sedang mengukir perdamaian, satu demi satu, dari negara ke negara, dari rantau ke rantau,” kata Netanyahu.

Trump sebelum ini telah menerima beberapa pencalonan bagi Hadiah Nobel daripada penyokong serta ahli politik Republikan yang setia, namun menyatakan kekecewaannya kerana tidak pernah terpilih sebagai penerima anugerah berprestij itu.

Presiden AS itu mendakwa, beliau sepatutnya diberikan penghargaan atas peranannya sebagai perantara dalam beberapa konflik antarabangsa, termasuk antara India dan Pakistan serta Serbia dan Kosovo.

Trump turut menuntut kredit atas usaha mengekalkan keamanan antara Mesir dan Ethiopia, selain mempelopori Perjanjian Abraham satu siri perjanjian yang menyasarkan normalisasi hubungan antara Israel dan beberapa negara Arab.

Dalam kempen pemilihan lalu, Trump menampilkan dirinya sebagai seorang “pendamai” yang berhasrat menggunakan kemahiran rundingan untuk menamatkan perang di Ukraine dan Gaza, lapor Agensi.

Namun begitu, kedua-dua konflik tersebut masih berlarutan meskipun beliau sudah lebih lima bulan kembali memegang jawatan Presiden.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat