Madani Afiat program komuniti kesihatan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan melancarkan program MadaniAfiat bagi meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan rakyat negaraini.

Program Madani Afiat merupakan cetusan idea Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, sebagai sebahagian daripada agenda reformasi kesihatan yang disarankan dalam Tonggak Kedua, Kertas Putih Kesihatan 2023 (KPK2023).

Tonggak Kedua, KPK 2023, menyarankan peralihan fokus daripada merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu memastikan rakyat kekal sihat denganmengambil kira perubahan daripada Sick Care kepada Health Care.

Selangor telah dipilih lokasi pertama bagi program dan pelancarannya MadaniAfiat peringkat kebangsaan ini akan disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, DatukSeri Amirudin Shari, di Dewan Rakyat Batu Caves pada 9 Julai 2023.

Madani Afiat melibatkan beberapa pengisian yang bertujuan mendapat maklumat penjagaan kesihatan, memberi kesedaran pencegahan penyakit dan merapatkan kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan masyarakat.

Antara pengisian ialah aktiviti Touch Point yang berupa lawatan dari rumah ke rumah melibatkan pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat dan pasukan  perubatan.

Sementara itu program statik memberi peluang kepada agensi-agensi yang terlibat untuk bersama  KKM di dalammengadakan pameran dan aktiviti setempat. Ianya adalah usaha untuk menyebar luas maklumat  asas pencegahan dan hebahan tentang program-program kesihatandan inisiatif komuniti yang  dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada kumpulan sasar.

Madani Afiat juga bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan  melakukan ujian saringan kesihatan bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit – Non Communicable Diseases (NCD).

Selain itu, program ini bertujuan memantau dan mengumpul data denganlebih tepat bagi membantu membentuk pelan tindakan yang lebih efektif dan efisien di masa akan datang.

Bagi tujuan ini, seramai 150 orang jururawat dari Kolej Kejururawatan Sungai Buloh akan bergerak dari rumahke rumah dan melakukan saringan kesihatan.  Ianya melibatkan pemeriksaan tekanan darah, hemo glucose test (HGT) dan kolesterol. Mereka juga akan memberi pendidikan kesihatan berkaitan cara hidup sihat.

Madani Afiat juga akan memberi pendedahan kepada para jururawat Institut Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) untuk melaksanakan projek kemasyarakatan.

“Bertepatan dengan nama ‘Afiat’ yang bermaksud pulih dan sihat, saya berharap ianya akan mencapai matlamatnya seiring dengan reformasi kesihatanyang sedang dijalankan oleh KKM”, ujar YB Dr Zaliha Mustafa.

Tema dan konsep

Dalam jangka masa panjang, Madani Afiat akan mengadaptasi pelbagai tema kesihatan bergantung dengan kesesuaian tarikh pelaksanaan di seluruh negara.

Sebagai contoh, bagi program pertama di Selangor ini, Madani Afiat mengambil Sambutan Hari Denggi Asean, disambut pada 15 Jun setiap tahun oleh semua negara Asean, sebagai tema program.

Justeru Madani Afiat pertama ini akan turut diisi dengan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes dan Inisiatif One Hour Malaysia Clean up.

Aktiviti gotong royong bersama komuniti setempat dianjurkan bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes.

Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia di mana ianya diadakan sebanyak dua (2) kali setiap tahun dengan penglibatan semua agensi serta penyertaan komuniti dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Sempena program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan pada hari berkenaan, seluruh lapisan masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat di negeri Selangor digalakkan untuk melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Luangkan 10 minit setiap minggu di premis masing-masing bagi membendung penularan kes ketika ini. Bagi memastikan tingkah laku memusnahkan tempat pembiakan Aedes dibuat secara konsisten inisiatif One Hour Malaysia Clean Up bakal dilancarkan.

Di samping itu, bagi menjamin implikasi yang positif, usaha ke arah penjagaan persekitaran yang bersih dan kondusif perlu digiatkan.

Justeru KKM menerusi Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah menetapkan keutamaan untuk MEMANTAPKAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN sebagai Teras ke-4 ANMS.

Usaha pencegahan dan kawalan denggi ini juga turut di perkasakan melalui penglibatan pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI diseluruh negara sebagai ejen perubahan tingkah laku masyarakat.

Sehingga Jun 2023, sebanyak 3,320 pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,065 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan komuniti di seluruh negara.

“MyCHAMPION COMBI perlu terus diperkasa agar mereka dapat berperanan sebagai community influencer dalam membantu KKM melaksanakan aktiviti pencegahan denggi, terutama melibatkan penyertaan komuniti setempat seperti gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes”, kata Dr Zaliha Mustafa.

Orang ramai dijemput hadir Bersama-sama dalam Program Program Madani Afiat yang akan diadakan pada 9 Julai 2023 kelak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat