Suspek Bunuh Abang dan Kakak Ipar Selepas Ditegur Tidak Bekerja – Polis

- Advertisement -

IPOH – Marah ditegur kerana tidak bekerja dipercayai menjadi motif utama kes pembunuhan sepasang suami isteri di Taman Bercham Aman, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, berlaku pertengkaran antara suspek yang berusia 61 tahun dengan kakak iparnya sebelum lelaki itu menyerang mangsa.

Menurutnya, suspek turut memukul suami wanita itu yang juga abangnya ketika cuba membantu.

“Marah ditegur tidak bekerja dan pertengkaran dengan kakak ipar membawa kepada pembunuhan mangsa.

“Kita juga percaya terdapat motif lain tetapi perkara itu masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, selain sebilah kapak yang dipercayai digunakan dalam insiden pembunuhan berkenaan, polis percaya terdapat senjata lain digunakan untuk menjerut leher mangsa.

“Mangsa cedera parah akibat ditetak di kepala dan tangan menggunakan mata kapak manakala objek tumpul pula membabitkan kesan kecederaan menggunakan belakang kapak.

“Jadi, kita percaya terdapat senjata lain yang mungkin digunakan dalam kejadian itu dan kita masih berusaha mendapatkan barang kes berkenaan,” katanya.

Katanya, semakan rekod kesihatan mengesahkan suspek tidak mempunyai masalah mental.

“Berdasarkan semakan, kita juga tidak pernah menerima sebarang laporan polis daripada mangsa berkaitan suspek sebelum ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan suspek yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan suami isteri di Taman Bercham Aman di Genting Highlands, Pahang, pada 7.45 malam.

Suspek direman seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat