Tular Video Mesyuarat MT UMNO, Zahid Benarkan Ahli Parlimen UMNO Sokong Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen UMNO diberi kuasa penuh oleh parti dan Presiden untuk membuat keputusan sendiri ketika berdepan semua jenis undian yang berlangsung di Dewan Rakyat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam video mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung pada malam Rabu.

Menurut beliau, UMNO tidak memaksa ahli-ahli Parlimennya membuat keputusan undi di Dewan Rakyat, pilihan itu bergantung kepada budi bicara ahli Parlimen sendiri.

“…Keputusan yang pertama kita memberi kuasa kepada ahli-ahli Parlimen UMNO bahawa apabila persidangan Parlimen dijalankan dan ketika ada agenda pengundian sama ada undian percaya atau tidak percaya kita serahkan kepada budi bicara YB ahli-ahli Parlimen untuk membuat keputusan di Parlimen sebagaimana yang dihasratkan ketika saya menghadap Tuanku (Yang di-Pertuan Agong).

“Untuk itu parti membuat keputusan bahawa parti menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ini adalah keputusan parti namun keputusan untuk ahli-ahli Parlimen adalah seperti yang saya sebut,” kata Zahid dalam satu rakaman video.

Ketetapan ini membawa maksud UMNO menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tetapi tidak mengikat keputusan yang bakal dibuat oleh ahli-ahli Parlimennya pada sidang Dewan Rakyat kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat