Dera Kanak-Kanak Hingga Maut, Empat Sekeluarga Direman

- Advertisement -

KUCHING: Polis Betong menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dipercayai akibat didera pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli berkata, kesemua mereka yang ditahan merupakan ahli keluarga kanak-kanak tersebut, berumur sekitar 22 hingga 65 tahun.

“Pihak kami telah membuat permohonan reman terhadap semua suspek bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Di bawah peruntukan tersebut, sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Dalam insiden menyayat hati Ahad lalu, polis telah dihubungi oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Betong yang memaklumkan pihaknya mengesyaki kematian kanak-kanak yang dibawa ke Unit Trauma dan Kecemasan hospital itu adalah akibat didera.

“Polis kemudian menghantar sepasukan pegawai dan anggota ke Hospital Betong dan mengesahkan terdapat seorang kanak-kanak telah meninggal dunia semasa dihantar oleh keluarganya pada jam 3 petang ke hospital berkenaan.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan kanak-kanak tersebut yang berkemungkinan menjadi punca kematian,” kata Zamry.

Susulan itu, pihak polis bertindak menahan dua suspek iaitu ibu kanak-kanak terbabit dan teman lelakinya pada hari sama.

Zamry memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat berkaitan dengan kes ini.

“Biar polis melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab atas kematian kanak-kanak tersebut,” ujarnya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat