Rafizi akan rungkai polemik “Yang Berhenti Menteri” Sabtu ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kembali aktif dalam siaran audio siar (podcast) Yang Bakar Menteri (YBM) dengan tajuk kupasan Yang Berhenti Menteri?

Timbalan Presiden PKR itu memaklumkan, audio siar berkenaan akan menjadi wadah untuk beliau merungkai polemik yang terkait dirinya terutama perebutan jawatan nombor dua PKR dan juga hasrat berundur dari Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Saya akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan serta menjawab segala persoalan berkaitan isu dan polemik yang hangat diperkatakan dalam satu dua minggu kebelakangan ini.

“Podcast Yang Bakar Menteri (YBM) akan kembali bersiaran pada 10 Mei 2025, Sabtu jam 9 malam yang akan diadakan di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Selangor.

“Kali ini podcast YBM dibawa keluar daripada studio ke tempat umum dan terbuka kepada orang ramai pada ketetapan berikut iaitu 10 Mei 2025 (Sabtu), 9 malam di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat