KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan DAP Melaka bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali menawarkan kerusi yang telah dimenangi parti itu secara percuma kepada DAP.
Exco Melaka itu bahkan mengungkit pengalaman sewaktu DAP pernah berkira dengan BN sewaktu Pilihan Raya di enam negeri sebelum ini.
Akmal menterjemah laporan akhbar China Press “9 Cabang DAP negeri Melaka telah meluluskan resolusi strategi 14BN +14PH bagi menghadapi PRN Melaka akan datang.
“BN dan PH masing-masing menguasai separuh negeri.”
Untuk rekod, Kerajaan Melaka pada hari ini mempunyai pecahan kerusi BN : 21 kerusi – (1melompat); PH:5 kerusi manakala PN: 2 + (1 lompat).
“Jawapan saya kepada DAP mudah sahaja.Dulu rundingan kerusi semasa PRN 6 negeri kamu cukup susah nak berikan kerusi kamu yang menang kepada BN ketika itu.
“Kali ini senang-senang sahaja nak kerusi yang kami dah menang
“Maka kerusi yang BN menang tidak akan sama sekali untuk diberikan kepada PH.
“Jika nak juga,kita bertanding di tempat yang sama. Mudah sahaja.
“Untuk beri kamu,tidak sama sekali,dan boleh teruskan bermimpi,” bidas Akmal.