Dasar pendidikan lama disegarkan supaya wang dilabur RMK-13 membenih sistem lebih baik – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dasar pendidikan lama perlu disemak dan pendekatan perlu disegarkan agar setiap wang yang dilaburkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) membenihkan sistem pendidikan yang lebih adil, berpandangan jauh dan mampan demi menjulang masa depan negara yang lebih makmur dan sejahtera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dunia sedang berubah pantas dan kita tidak boleh berpuas hati dan terperangkap dengan nostalgia lama atau terpuruk dalam perancangan silam yang mungkin sudah tidak relevan.

“Menerima kunjungan Menteri Pendidikan bersama barisan pengurusan tertinggi kementerian petang tadi bagi membincangkan strategi dan hala tuju baharu pendidikan menjelang lembaran Rancangan Malaysia Ke-13.

“Antara yang dibicarakan termasuklah pendidikan prasekolah, latihan guru dan peningkatan kemahiran di Institut Pendidikan Guru, pelaksanaan CPD sebagai wahana memperkasa tenaga pengajar serta pemantapan STEM bagi melonjakkan daya saing masa depan.

Turut dibincangkan pengajian peringkat Tingkatan 6 dan matrikulasi, isu keciciran murid, permit mengajar sektor awam dan swasta serta keperluan menyusun semula Pelan Induk Pendidikan Negara agar lebih sejajar dengan keperluan semasa,” katanya.

Menurut Anwar, segala intipati dan iltizam yang terbit daripada perbincangan ini harus digerakkan segera secara menyeluruh, tersusun dan berani demi masa depan anak-anak, para pendidik dan ekosistem pendidikan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat