Selepas pembedahan kedua, Mickey stabil, terima kunjungan Tengku Amir Shah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keadaan terkini pemain kebangsaan, Faisal Halim semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di Hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang menyatakan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengharungi pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid tempoh hari.

“Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini,” kata Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.

Terdahulu, media melaporkan Faisal yang juga tonggak Selangor FC terpaksa mengharungi beberapa siri pembedahan bagi merawat lecur tahap empat.

Faisal disahkan doktor mengalami kecederaan di bahagian muka, leher, lengan dan badan kesan daripada curahan asid itu.

Sebelum itu, pemain kebangsaan itu menjadi mangsa individu tidak dikenali yang menyimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Kejadian itu, menyebabkan Faisal cedera di beberapa bahagian badan termasuk mukanya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

BH melaporkan, Pengerusi Selangor FC (SFC), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Faisal Halim yang sedang menerima rawatan akibat disimbah asid, di sebuah hospital Shah Alam, pagi tadi.

Tengku Amir tiba di hospital terbabit sekitar jam 11.17 pagi untuk melihat sendiri keadaan Faisal yang ketika ini sedang dirawat susulan disimbah asid, Ahad lalu.

Antara yang mengiringi Tengku Amir Shah adalah Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Laporan terkini menyebut Faisal yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di sini, petang semalam.

Perkara itu disahkan Shahril bahawa pemain yang dinobatkan sebagai Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu menjalani pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat