AMERIKA SYARIKAT: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat terus meningkat dan telah melepasi angka 76,000 orang.
Pun begitu kelihatannya angka ini tidak menjejaskan negara tersebut dengan banyak negeri sudah mula melonggarkan sekatan yang sebelum ini menyebabkan berjuta orang di negara tersebut untuk tinggal di rumah.
Rumah Putih dilaporkan akan membubarkan pasukan tugas khas yang ditubuhkan untuk menangani krisis berkaitan wabak ini di seluruh negara tersebut, tidak lama lagi.
Pakar-pakar memberi amaran, jika tidak di kawal, gelombang kedua Covid-19 akan melanda negara tersebut menjelang musim sejuk yang akan datang dan ia lebih sukar ditangani kerana bertembung dengan musim selsema biasa yang membunuh sekitar 12,000 orang di seluruh negara tersebut setiap tahun.
Berdasarkan statistik semasa, jumlah kes disahkan di negara itu hampir mencapai angka 1.3 juta orang – sumber pelbagai
– SuaraTV