N9 akan bertemu Petronas, Gas Malaysia cari tahu keberadaan saluran paip gas di negeri itu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan syarikat Petronas dan Gas Malaysia bagi mendapat maklumat terperinci berhubung keberadaan saluran paip gas yang diselia oleh kedua-duanya di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pertemuan berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil sebarang persediaan khususnya selepas berlaku tragedi letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya minggu lalu.

“Setakat ini tiada lagi kata putus lagi kerana masing-masing sedang menumpukan tragedi yang berlaku di Putra Heights jadi sebarang bentuk kajian akan dimaklumkan kemudian.

“Terdapat dua saluran paip gas utama di negeri ini iaitu paip gas Petronas dan satu lagi paip Gas Malaysia.

“Dimaklumkan juga gas Petronas mempunyai rizab untuk laluan paip tersebut manakala Gas Malaysia di laluan jalan utama dan tekanan tidak terlalu tinggi berbanding Petronas,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pentadbiran Daerah Seremban di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban lapor Utusan pada Selasa.

Berhubung sebarang penetapan kepada pihak pemaju, Aminuddin berkata, kajian akan dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya mahu lihat juga apa kesan dia sebelum buat sebarang keputusan, lebih baik buat kajian terlebih dahulu sebelum bagi balik kepada pemaju dan masyarakat apa cadangan pada masa akan datang,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat