Malaysia hantar wakil ke AS dialog tarif – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menghantar wakil rasmi ke Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan tarif dikenakan ke atas import dari Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perdagangan Malaysia dengan negara itu selama ini telah menjadi contoh kerjasama yang saling menguntungkan dan memanfaatkan kedua-duanya, dengan eksport negara ini menyokong pertumbuhan negara dan menyediakan pekerjaan berkualiti tinggi.

“Sebagai sebahagian daripada diplomasi, kita akan menghantar pegawai-pegawai ke Washington untuk memulakan proses dialog.

“Mungkin terdapat ruang yang terhad untuk mengkaji semula niat asas, tetapi masih ada ruang untuk menyesuaikan pelaksanaan dasar tersebut,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Persidangan Pelaburan ASEAN pada Selasa.

Pelaksanaan tarif balas sebanyak 24 peratus oleh AS ke atas barangan tertentu dari Malaysia dijangka memberi kesan ketara terhadap ekonomi negara, memandangkan AS merupakan antara rakan dagang utama negara ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat