NRES komited tangani pencemaran plastik – Nik Nazmi

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyokong penuh hasrat rakyat Malaysia agar pencemaran plastik dikurangkan di negara ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengarahkan agar undang-undang yang mengawal pencemaran plastik disemak semula untuk mengukuhkan langkah-langkah menangani pencemaran plastik.

Dalam kenyataannya pada Jumaat, beliau berkata, kerajaan mempunyai dasar mengenai plastik sekali guna dan plastik dari bahan mampan.

Beliau mengakui lebih banyak lagi perkara yang boleh dan harus dilakukan.

Pihaknya, sedang mengusahakan dasar kebangsaan mengenai pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik yang selaras dengan Perjanjian Plastik Global (GPT) 2022, yang masih dalam proses rundingan.

Katanya, Malaysia telah mengambil bahagian dalam empat pusingan rundingan mengenai GPT dalam jawatankuasa rundingan antara kerajaan untuk membangunkan instrumen antarabangsa yang mengikat secara sah mengenai pencemaran plastik, termasuk alam sekitar marin (INC).

“Untuk memastikan hasil yang terbaik, NRES melalui Jawatankuasa Rundingan Kebangsaan telah mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan yang merangkumi kementerian dan agensi kerajaan, industri dan NGO, ”katanya lagi.

Kami akan terus melibatkan masyarakat sivil secara inklusif dalam merumuskan pendirian kami mengenai GPT.

“Tinjauan dan kajian oleh Greenpeace International, menunjukkan 87% daripada 1,000 rakyat Malaysia menyokong agar pengeluaran plastik dikurangkan untuk memerangi pencemaran

Ini merupakan bukti sokongan usaha kerajaan dalam memastikan masyarakat kita beralih daripada bahan ini, ” ujarnya.

“Hakikat bahawa sokongan di Malaysia lebih tinggi daripada purata global sebanyak 82% menunjukkan bahawa langkah ke arah kelestarian disokong oleh rakyat, ianya merupakan prinsip teras agenda Malaysia Madani, ”ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat