Terima kasih Azizah terus bersama dalam perjuagan panjang, perbetul kepincangan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sempena sambuatan Hari Wanita hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakam ucapan setinggi penghargaan kepada isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Penghargaan yang setingginya kepada Azizah kerana terus bersama dalam perjuangan yang panjang ini dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan,” ucap Anwar.

Sementara itu, Anwar turut mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita di Malaysia.

“Hari besar ini disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat, selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan.

“Kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak-hak wanita serta memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak kalangan wanita terus diperteguh.

“Semoga kaum ibu terus cekal menjadi tonggak penting dan kelangsungan masyarakat,” ucap Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat