“Teresa, lawan hujah dan fakta bukan ugutan” – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk lawan hujah dan fakta bukannya dengan ugutan terhadap ahli akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.

Ini terkait rakaman video TikTok, Kok Seong yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina atau vernakular menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu.

Justeru, Tuan Ibrahim mengakui beliau bersetuju dengan Prof Teo Kok Seong dalam hal ini.

“Beliau tidak bercakap kosong tetapi mengemukakan hujah berdasarkan fakta dan kajian beliau dilapangan masyarakat.

“Saya berharap lebih ramai orang seperti Prof yang bercakap berdasarkan fakta.

“Buat Teresa Kok, lawan dengan hujah dan fakta, bukan dengan ugutan seperti ini,” gesa Tuan Ibrahim.

Teresa sebelum ini menggesa polis menyiasat Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) itu.

Beliau mempersoalkan mengapa Kok Seong tidak disiasat dengan membandingkan siasatan polis terhadap pemimpin-pemimpin DAP seperti Tan Sri Lim Kit Siang dan Tony Pua.

“Saya dan ramai ahli-ahli berhormat di dewan ini belajar di sekolah cina. Kami tidak pernah diajar untuk memandang rendah orang Melayu.

“Kenyataan daripada Prof Teo Kok Seong ini memang memutarbalikkan fakta dan melaga-lagakan hubungan di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina,” dakwa Teresa.

Mengulas lanjut, beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, berkata apabila bercakap isu perkauman sering kali masyarakat Melayu dipersalahkan, walaupun kita berusaha mewujudkan keharmonian tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

“Kita tidak bercakap kosong, negeri yang diperintah PAS adalah contoh bagaimana keharmonian hidup dijaga.

“Kehidupan masyarakat Madinah ketika zaman Rasulullah SAW adalah precedential case bagi kehidupan masyarakat majmuk dibawah pemerintahan Islam,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat