Rakam aksi Safawi, Akhyar Dengan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP

- Advertisement -

Pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dilantik sebagai Experiencer Officer HONOR Magic6 Pro, flagship baharu yang akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Kedua pemain ini telah menunjukkan aksi bermain bola sepak masing-masing yang ditangkap dengan lensa Kamera Tele-falcon HONOR 180MP pada HONOR Magic6 Pro. Mereka turut meluahkan rasa kagum terhadap kelajuan Sistem Kamera Tele-falcon HONOR. Berikut empat ciri menarik pada HONOR Magic6 Pro.

  1. Kamera Magis – Kamera Tele-falcon HONOR 180MP

Kamera Tele-falcon HONOR 180MP dicipta untuk menangkap gambar menakjubkan, terutamanya fotografi sukan. Lensa telefoto seperti pada HONOR Magic6 Pro digemari jurugambar profesional untuk merakam gambar yang memberi impak di acara sukan, seterusnya menghasilkan imej yang menarik dan cantik. Ia menawarkan Zum Optik 2.5x dan Zum Digital 100x, terbaik untuk merakam aksi atlet. Peranti ini mempunyai Kamera Utama Falcon Dinamik Super 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP yang dilengkapi kecerdasan pengimejan.

Kehebatan kamera HONOR Magic6 Pro merakam gerakan pantas dengan sangat jelas dan terang terbukti dengan hasil gambar aksi Safawi dan Akhyar di padang bola sepak. Ini menunjukkan peranti tersebut sememangnya sesuai untuk fotografi sukan.

  1. Skrin Magis – Pelindung HONOR NanoCrystal

Bagi memberi pengalaman pengguna terbaik, HONOR Magic6 Pro hadir dengan skrin pelindung NanoCrystal yang menerajui industri, sekaligus menetapkan piawaian baru untuk rintangan jatuh paparan. Ia disokong Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat 6.8-inci yang terkemuka dalam industri untuk pandangan yang selesa.

Sama ada menonton acara sukan atau melayari media sosial, paparan peranti ini mempunyai Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri bersama Pensijilan Bebas Kerlip TÜV Rheinland untuk tontonan mengasyikan.

Skrin ini menerima pengesahan pensijilan lima bintang SGS Glass Drop Resistance Ability dan adalah skrin penuh pertama Always On Display dalam kalangan Android, sekaligus mengukuhkan HONOR Magic6 Pro sebagai telefon pintar ‘Magis’.

  1. Bateri Magis – Generasi Kedua Bateri Karbon Silikon 5,600mAh

Dengan generasi kedua bateri karbon silikon 5,600mAh, pengguna usah bimbang tentang bateri cepat habis. Ini kerana bateri HONOR Magic6 Pro mampu bertahan sepanjang hari termasuk dalam suhu yang terlampau rendah. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan mampu membekalkan kuasa yang penuh dalam tempoh kurang 40 minit.

  1. Pengalaman Magis – HONOR MagicOS 8.0 memperkenalkan Magic Portal yang berkuasakan AI

HONOR Magic6 Pro menawarkan pengalaman lebih peribadi dan intuitif kepada pengguna menerusi Magic Capsule dan Magic Portal. Hanya dengan menyentuh pada banner pemberitahuan di bahagian atas skrin akan membesarkan Magic Capsule, seterusnya memaparkan maklumat tambahan dan pilihan berkaitan. Ciri ini membolehkan pengguna mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi, sekaligus meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Magic Portal pula adalah ciri yang dikuasakan oleh AI bagi memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini mengubah tugas kompleks menjadi ringkas dengan hanya satu langkah. Sebagai contoh, AI Magic Portal segera mengecam alamat dalam mesej teks dan membawa pengguna terus ke Google Maps untuk navigasi mudah. Bagi media sosial seperti TikTok dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian maklumat.

HONOR Magic6 Pro telefon pintar flagship yang pasti menambat hati peminat fotografi. Nantikan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro yang akan diumumkan dalam masa terdekat! Untuk maklumat terkini mengenai HONOR Magic6 Pro, layari https://bit.ly/HONORMagic6ProPR

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat