Agong kurnia Proton X90 kepada Ketua Polis Negara, pegawai kanan Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain.

Selain itu turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.

Juga bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin, dan Kolonel (B) Datik Nazim Mohd Alim.

Kurniaan daripada Seri Paduka Baginda disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim.

Sultan Ibrahim dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat memaklumkan, kurniaan Seri Paduka Baginda itu adalah sebagai mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang.

“Seri Paduka Baginda juga memberi kurniaan kereta kepada pegawai-pegawai yang berjasa serta dedikasi dalam menjalankan tugas.
Seri Paduka Baginda sejak dahulu lagi mengurniakan kereta kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan serta jururawat.

“Contohnya, pada tahun 2010 Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pada 2018, Baginda mengurniakan Proton Suprima kepada semua Pegawai Daerah di Johor,” katanya.

Bahkan, dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, pada September 2020.

“Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021,” katanya.

Untuk rekod, Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor menerusi Yayasan-Yayasan Diraja Johor telah mengurniakan pelbagai sumbangan dalam membantu rakyat yang memerlukan.

Malah, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan 10,000 paket beras percuma seberat 10 kilogram di Johor, tahun lalu dalam membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat