Muhyiddin Nafi Ditahan SPRM Ketika Di Padang Golf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan khabar angin yang bertiup kencang petang ini kononnya beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Presiden Bersatu itu sebaliknya memaklumkan bahawa beliau diminta ke Ibu Pejabat SPRM esok, Khamis jam 11 pagi.

“Saya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.

“Hari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Bagaimanapun esok Khamis saya diminta ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11 pagi,” jelas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dalam kenyataan pada lewat petang Rabu.

Terdahulu media melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata seluruh barisan kepimpinan tertinggi Bersatu sudah bersiap sedia untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok untuk menghadapi apa saja kemungkinan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat