Jika Ada Pengadu Tidak Berpuas Hati, Boleh Cabar Di Mahkamah – Saifuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membuat keputusan memberi pengecualian kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 mengenai isu pemilihan parti itu dibuat setelah mendapat nasihat dan pandangan pegawai undang-undang kementerian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan menggunakan peruntukan itu bukan keputusan peribadi, namun telah mengambil kira semua proses dijalankan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), UMNO dan pandangan pegawai KDN.

“Sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, beliau ahli UMNO yang membuat aduan kepada RoS boleh mencabar pengecualian berkenaan di mahkamah.

“Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 ini memberi kuasa secara khusus kepada menteri untuk membuat beberapa pengecualian. Bila kita gunakan Seksyen 70, pengecualian itu terarah kepada pematuhan Seksyen 13 dalam Akta Pertubuhan 1966.

“Jika pengadu tidak berpuas hati dan mengatakan menteri melampaui batas kuasa, pilihan yang ada adalah dia mesti mengemukakan asas pernyataan dan afidavit mengikut saluran undang-undang,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat patang ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat