Azraai Khor meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Arena bola sepak negara kehilangan seorang lagi permata berharga selepas jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah meninggal dunia, hari ini.

Ia disahkan anak bongsunya, Nur Azryena Khor yang menjelaskan bapanya kelihatan lemah pagi dan dibawa ke sebuah hospital di Alor Setar sebelum meninggal dunia.

Bagaimanapun Nur Azryena memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan daripada doktor mengenai punca sebenar kematian bapanya.

“Saya bagi pihak keluarga memohon semua pihak terutama seluruh peminat bola sepak mendoakan arwah,” katanya lapor BH.

Azraai yang dianggap sebagai antara jurulatih disegani dalam kancah bola sepak Malaysia pernah membimbing beberapa pasukan termasuk Kedah, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, T-Team dan Kelantan.

Beliau pernah mencipta sejarah apabila membawa Kedah sebagai pasukan pertama memenangi ‘double treble’ pada 2007 dan 2008.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat